Islamic Widget

Islamic Widget



Sabtu, 9 April 2011

Jangan Salahkan Aku

Memang Allah sengaja menemukan aku dengan orang yang salah supaya aku dapat jadi penilai yang baik. Memang Allah sengaja menemukan aku dengan orang yang salah supaya aku sedar bahawa aku hanyalah sekadar makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Memang Allah sengaja menemukan aku dengan orang yang salah supaya aku dapat kasih sayang yang terbaik untuk diri aku. Memang Allah sengaja menemukan aku dengan orang yang salah supaya aku sedar Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana memngingatkan aku bahawa dia bukanlah pilihan yang terbaik dan hebat untuk aku dan kehidupan aku pada masa hadapan. Memang Allah sengaja menemukan aku dengan orang yang salah supaya aku dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang dapat mengalaminya. Memang Allah sengaja menemukan aku dengan orang salah supaya aku menjadi orang yang hebat jiwanya. Memang Allah sengaja menemukan aku dengan orang yang salah supaya aku sedar bahawa cinta yang terbaik ada bersamanya. Memang Allah sengaja menemukan aku dengan orang yang salah supaya aku lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.
“Bila aku memandang segalanya daripada Allah, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatiku, yang membuatkan keinginanku terhalang serta menyusahkan hidupku, pasti akan damailah hatiku kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan sesuatu untuk tujuan sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupku, retaknya hatiku, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lenih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya...”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan